Tuesday 9 June 2009

1 Malaysia : Budaya Kecemerlangan



Konsep 1 Malaysia yang telah di bawa oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak menggariskan 8 teras utama sebagai panduan. Teras yang ke-8 dan yang terakhir adalah Budaya Kecemerlangan.

1 Malaysia yang membawa konsep penyatupaduan adalah asas bagi kecemerlangan Negara. Budaya kecemerlangan juga menjadi batu pegikat bagi tujuh cirri-ciri yang lain di dalam 1 Malaysia. Tidak lengkap bagi kesemua tujuh cirri-ciri tesebut jika tidak diasimilasikan antara satu sama lain dan akhirnya disempurnakan dengan cirri yang ke-8 iaitu Budaya Kecemerlangan. Agak kabur jika kita tidak meneliti apakah yang dimaksudkan dengan Budaya Kecemerlangan.

Dari sudut politikal, sudah jelas 1 Malaysia ini ingin mengubah trend yang berlaku di dalam dunia poltik Malaysia. Dengan kebangkitan suara-suara yang tidak menyenangkan serta menghasut ke arah perpecahan, konsep 1 Malaysia seperti penyelamat ataupun remedy bagi situasi ini. Kekerapan pelbagai pihak luar terlalu banyak menyalahkan kerajaan dari pelbagai sudut dapat diatasi. Dengan Budaya Kecemerlangan, kerajaan dapat menggariskan satu hasrat untuk diikuti oleh rakyat Malaysia. Pengenalan Key Performance Indictor (KPI) untuk setiap kementerian dan juga agensi-agensi kerajaan adalah seagai tanda ukur untuk pihak kerajaan sendiri mengukur tahap kecemerlangan.

KPI yang diperkenalkan juga akan mengakibatkan setiap dari kementerian dan juga agensi serta badan-badan kerajaan akan lebih berusaha untuk mencapai tahap KPI yang dikehendaki. Setiap tindakan dan keputusan yang diambil akan diawasi dan dipantau. Bukan untuk mencari kesalahan ataupun mencari kambing hitam untuk sebarang situasi, tetapi adalah memudahkan kerajaan untuk mengambil langkah pembetulan. Mana-mana agensi yang tidak mencapai tahap KPI yang memuaskan akan disemak semula untuk memastikan di manakah berlakunya kelemahan yang boleh diperbaiki. Ini adalah satu tindakan yang terbaik untuk memastikan setiap dari komponen kerajaan dapat menjalankan tanggung jawab dengan cemerlang.

Setelah dinilai dari sudut pentadbiran kerajaan, Budaya Kecemerlangan ini juga dapat menaikan taraf ekonomi negara. Dengan mengamalkan Budaya kecemerlangan, setiap daripada komponen kerajaan dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang. Kecemerlangan tugas-tugas ini akan secara tidak langsung akan mempengaruhi setiap aspek gerak kerja di dalam negara. Apabila gerak kerja negara dapat ditingkatkan dan di jalankan dengan cemerlang, kos pentadbiran secara tidak langsung juga akan dapat dikurangkan. Perlaksanaan Budaya Kecemerlangan ini juga akan dapat meningkatkan tahap ekonomi negara.

Dari aspek sosial pula, penerapan Budaya Kecemerlangan akan dapat meningkatkan taraf sosial rakyat Malaysia. Ini kerana kesemuanya berhubung kait antara satu sama lain. Dengan penerapan Budaya Kecemerlangan yang bermula dari pihak kerajaan itu sendiri, segala urusan yang berkaitan dengan pihak kerajaan akan dapat diperlicinkan. Dengan secara tidak langsung, setiap dari badan kerajaan itu dapat menjalankan tugas dengan baik. Ini akan mempengaruhi mereka yang berurusan dengan kerajaan. Apabila kerajaan dapat berfungsi dengan baik maka masyarakat juga dapat berfungsi dengan baik. Apabila masyarakat dapat berfungsi dengan baik maka taraf sosial juga akan dapat ditingkatkan. Agama Islam yang juga agama perseketuan juga menggalakkan supaya masyarakat senantiasa menuju ke arah kecemerlangan seperti mana yang terkandung di dalam azan yang dilaungkan 5 kali setiap hari.

Apabila kita memerhatikan konsep Budaya Cemerlang ini adalah sangat mudah apabila kita menggambarkannya sebagai suatu produk. Produk pada mana kita akan dapat pastikan bahawa tidak terdapat cacat-cela padanya dan sentiasa kita memperbaiki setiap kelemahan yang ada pada produk tersebut. Dengan cara ini kita dapat memasarkan produk tersebut kepada pasaran umum dan produk ini akan dapat memuaskan dan menggembirakan hati semua pihak. Dan produk ini adalah negara Malaysia.

3 comments: