Tuesday 16 June 2009

PAS oh PAS



Pas tidak mahu bersama dengan UMNO?????

Guano gamok ni tok kito....demo ni takut ko DAP denge PKR ko lagu mano..denge DAP n PKR demo nok gabung denge ore melayu demo dok sir. lagu mano cerito tok weh...
DAPn PKR beri gapo dok tau ke demo ni tok sapa jadi lagu ni.....2 lah saing lagi denge ANUAR AL-JUBURI, dok pasa2 kek g tok...



NIzar YB Cap Ayam






Sedih sungguh apabila seorang ahli politik yang dipilih oleh rakyat untuk memperjuangkan nasib rakyat tetapi hanya pandai membuat kecoh didalam dewan parlimen.. itulah yang sedang dilakukan oleh nizar bersama geng2 pakatan pembangkang..pemimpin sebeginikan yang kita mahukan?????
nizar tidak layak untuk menjadi seorang pemimpin dalam masyarakat..pemimpin sebegini sepatutnya dipecat....YB sebegini bolehlah dikatakan bertopengkan syaitan...

Thursday 11 June 2009

Adakah ini yang kita mahukan????





DEB telah dihapuskan di Pulau Pinang.....Adakah dengan penghapusan DEB ini golongan bumiputra di Pulau Pinang masih mendapat keistimewaan???????





Peniaga-peniaga telah dihalau selepas Puak Pembangkang mentadbir kerajaan negeri....adakan kerajaan sebegini yang kita perlu sanjung atau sebaliknya..di manakah mereka hendak mencari rezki sekiranya mereka ditindas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab???




Penggunaan tri-bahasa dalam papan tanda

Penggunaan papan tanda dalam tri- bahasa yang dilakukan oleh Puak Pembangkang ini menunjukan mereka lebih berkuasa daripada perlembagaan atau berada di atas perlembagaan..?????

marilah kita berfikir sejenak apakah sebenarnya yang mereka ingin lakukan di Pulau Pinang?
Adakah Puak pembangkang ini ingin menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura yang ke 2????Kalau kita biarkan ini terus berlaku maka tak mustahil ianya menjadi kenyataan....

Anwar Oh Anwar...

Sejak kebelakangan ini, Ketua Pembangkang di Parlimen sedang mendiamkan diri. Isu-isu utama di dalam negara tidak diberikan maklum balas oleh beliau. Orang lain pula yang memberi respon. Mengapakah beliau berdiam diri? Ke mana hilangnya kredibiliti beliau? Mengapa beliau tidak berani bersuara?

Yang lebih penting...

Agak-agaknya, di manakah beliau sekarang ini?

Tuesday 9 June 2009

1 Malaysia : Budaya Kecemerlangan



Konsep 1 Malaysia yang telah di bawa oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak menggariskan 8 teras utama sebagai panduan. Teras yang ke-8 dan yang terakhir adalah Budaya Kecemerlangan.

1 Malaysia yang membawa konsep penyatupaduan adalah asas bagi kecemerlangan Negara. Budaya kecemerlangan juga menjadi batu pegikat bagi tujuh cirri-ciri yang lain di dalam 1 Malaysia. Tidak lengkap bagi kesemua tujuh cirri-ciri tesebut jika tidak diasimilasikan antara satu sama lain dan akhirnya disempurnakan dengan cirri yang ke-8 iaitu Budaya Kecemerlangan. Agak kabur jika kita tidak meneliti apakah yang dimaksudkan dengan Budaya Kecemerlangan.

Dari sudut politikal, sudah jelas 1 Malaysia ini ingin mengubah trend yang berlaku di dalam dunia poltik Malaysia. Dengan kebangkitan suara-suara yang tidak menyenangkan serta menghasut ke arah perpecahan, konsep 1 Malaysia seperti penyelamat ataupun remedy bagi situasi ini. Kekerapan pelbagai pihak luar terlalu banyak menyalahkan kerajaan dari pelbagai sudut dapat diatasi. Dengan Budaya Kecemerlangan, kerajaan dapat menggariskan satu hasrat untuk diikuti oleh rakyat Malaysia. Pengenalan Key Performance Indictor (KPI) untuk setiap kementerian dan juga agensi-agensi kerajaan adalah seagai tanda ukur untuk pihak kerajaan sendiri mengukur tahap kecemerlangan.

KPI yang diperkenalkan juga akan mengakibatkan setiap dari kementerian dan juga agensi serta badan-badan kerajaan akan lebih berusaha untuk mencapai tahap KPI yang dikehendaki. Setiap tindakan dan keputusan yang diambil akan diawasi dan dipantau. Bukan untuk mencari kesalahan ataupun mencari kambing hitam untuk sebarang situasi, tetapi adalah memudahkan kerajaan untuk mengambil langkah pembetulan. Mana-mana agensi yang tidak mencapai tahap KPI yang memuaskan akan disemak semula untuk memastikan di manakah berlakunya kelemahan yang boleh diperbaiki. Ini adalah satu tindakan yang terbaik untuk memastikan setiap dari komponen kerajaan dapat menjalankan tanggung jawab dengan cemerlang.

Setelah dinilai dari sudut pentadbiran kerajaan, Budaya Kecemerlangan ini juga dapat menaikan taraf ekonomi negara. Dengan mengamalkan Budaya kecemerlangan, setiap daripada komponen kerajaan dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang. Kecemerlangan tugas-tugas ini akan secara tidak langsung akan mempengaruhi setiap aspek gerak kerja di dalam negara. Apabila gerak kerja negara dapat ditingkatkan dan di jalankan dengan cemerlang, kos pentadbiran secara tidak langsung juga akan dapat dikurangkan. Perlaksanaan Budaya Kecemerlangan ini juga akan dapat meningkatkan tahap ekonomi negara.

Dari aspek sosial pula, penerapan Budaya Kecemerlangan akan dapat meningkatkan taraf sosial rakyat Malaysia. Ini kerana kesemuanya berhubung kait antara satu sama lain. Dengan penerapan Budaya Kecemerlangan yang bermula dari pihak kerajaan itu sendiri, segala urusan yang berkaitan dengan pihak kerajaan akan dapat diperlicinkan. Dengan secara tidak langsung, setiap dari badan kerajaan itu dapat menjalankan tugas dengan baik. Ini akan mempengaruhi mereka yang berurusan dengan kerajaan. Apabila kerajaan dapat berfungsi dengan baik maka masyarakat juga dapat berfungsi dengan baik. Apabila masyarakat dapat berfungsi dengan baik maka taraf sosial juga akan dapat ditingkatkan. Agama Islam yang juga agama perseketuan juga menggalakkan supaya masyarakat senantiasa menuju ke arah kecemerlangan seperti mana yang terkandung di dalam azan yang dilaungkan 5 kali setiap hari.

Apabila kita memerhatikan konsep Budaya Cemerlang ini adalah sangat mudah apabila kita menggambarkannya sebagai suatu produk. Produk pada mana kita akan dapat pastikan bahawa tidak terdapat cacat-cela padanya dan sentiasa kita memperbaiki setiap kelemahan yang ada pada produk tersebut. Dengan cara ini kita dapat memasarkan produk tersebut kepada pasaran umum dan produk ini akan dapat memuaskan dan menggembirakan hati semua pihak. Dan produk ini adalah negara Malaysia.

Monday 8 June 2009

1 Malaysia : Meritokrasi



Berasal dari kata merit atau manfaat, meritokrasi menunjuk suatu bentuk sistem politik yang memberikan penghargaan lebih kepada mereka yang berprestasi atau berkemampuan. Kerap dianggap sebagai suatu bentuk sistem masyarakat yang sangat adil dengan memberikan tempat kepada mereka yang berprestasi untuk duduk sebagai pemimpin, tetapi tetap dikritik sebagai bentuk ketidak adilan yang kurang memberi tempat bagi mereka yang kurang memiliki kemampuan untuk tampil memimpin.

Dalam pengertian khusus meritokrasi kerap di pakai menentang birokrasi yang sarat KKN terutama pada aspek nepotisme.


Pada bulan Mei 2001 masyarakat Malaysia telah dikejutkan dengan isu kuota pengambilan pelajar untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam ( IPTA). Sebelum daripada ini kemasukan ke universiti berdasar kan sistem kota yang diwujudkan. Meritokrasi merupakan satu pandangan di mana kejayaan atau ganjaran pendidikan dan sosial adalah diagihkan berdasarkan merit kepintaran (IQ), bakat dan ikhtiar individu. Meritokrasi adalah berasaskan persamaan peluang dan bukan persamaan hasilan.

Oleh itu sistem ini adalah yang terbaik untuk membuktikan para pelajar hasilan Malaysia adalah berkualiti tanpa mengharapkan kuota semata-mata. Dengan sistem ini juga telah mewujudkan persaingan yang sihat antara satu sama lain seperti yang saya katakan tadi tanpa mengira agama keturuanan dan sebagainya.

PM ada menyatakan bahawa kepelbagaian aspek perkhidmatan kerajaan dan masyarakat secara keseluruhannya sewajarnya dibentuk berdasarkan meritokrasi. Sebagai contoh, pemerolehan kerajaan. Sewajarnya kita memperkenalkan satu polisi yang memastikan persaingan pembidaan kerana melalui persaingan pembidaan, peluang kita memilih syarikat terbaik untuk tugasan tersebut pada harga terendah dan pada masa yang sama mempunyai kemahiran yang diperakui adalah lebih besar berbanding pemilihan berasaskan tender perundingan. Prinsip penswastaan sekali pun, sebahagian daripada permasalahan yang dihadapi tentang asas pengswastaan di masa lalu, ketika kita terlalu kurangnya pengetahuan tentang bagaimana untuk melaksanakan pengswastaan, pada permulaannya kita telah menggunakan prinsip siapa dulu dia dapat. Makanya jika anda mempunyai gagasan anda akan diberi peluang tersebut.

Oleh yang demikian setiap individu itu hendaklah bersaing antara satu sama lain untuk mengecapi kejayaan. Mereka perlu berlumba-lumba untuk mendapatkan sesuatu kerana pelung antara satu sama lain adalah sama rata.

" Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. "
( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #32)