
Filem 1957 Hati Malaya bukan sekadar filem sejarah yang mencatatkan kronologi sahaja malah ia mampu menyuntik semangat patriotik di kalangan penonton.
Memaparkan khazanah negara itu antaranya memaparkan gambar Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn Jaafar serta saat-saat bendera Malayan Union diturun dan merdeka dilaungkan.
Menerusi filem tersebut juga kita dapat melihat betapa tingginya semangat jati diri kaum Melayu ketika itu. Penduduk Malaya yang inginkan kemerdekaan daripada British sanggup melucutkan barang kemas dan wang ringgit semata-mata untuk diberikan kepada Tunku sebagai perbelanjaan ke London.
Senario itu ditunjukkan sewaktu Tunku berucap menjelaskan yang dia dan rakan-rakan kekurangan perbelanjaan untuk menuntut kemerdekaan di London.
Semangat Merdeka
Ingatilah panorama penjuang bangsa yang telah memerdekakan kita dari penjajahan. Hari ini, kita harus pertahankan dan kekalkan negara yang diwarisi dengan berpegang kepada intergriti negara, kita punya tanggungjawab bersama untuk pastikan kehidupan lebih baik untuk setiap rakyat Malaysia. Kita harus membalas budi mereka dengan kekal bersatu dikukuhkan dengan bahasa kebangsaan dan warisan kita.
Mereka betul-betul mendalami dan menjiwai karektor dan peristiwa yang begitu emosi dan membawa mereka pada era semangat rakyat tanah Melayu bangkit menuntut kemerdekaan.
Filem ini turut memaparkan rakyat biasa miskin dan mundur di era penjajahan British yang mahu menjadi bangsa kelas pertama di bumi mereka sendiri. Mereka jatuh cinta dan bertemu cinta terhadap negara melangkaui perasaan emosi peribadi mereka. Watak ini menemui pengertian sebenar ‘pengorbanan’ dan ‘Merdeka”.
Filem memfokus kepada Tunku Abdul Rahman, pengasas kepada Parti Perikatan, yang menjadi Perdana Menteri pertama Malaya pada tahun 1957, walaupun mendapat tentangan secara halus dari British yang mahu melambatkan kemerdekaan.
Dan Datuk Onn Ja’afar, pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang berjaya membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union yang dicadangkan oleh British pada tahun 1946.
siries..
ReplyDeletecite HATI MALAYA ni mmg best gegila..
best sgt3..
rugi sapa x tgk..
smpai nangeh ako tgk cite ni tau..
Bagus kalau pakat menonton ramai2. Pah tu adakan forum atau setidaknya perbincangan kecil. Memudahkan penghayatan itu berlaku.
ReplyDeletesemmgnya kita kena tengok cerita tersebut..baru kita tau mcm mana susahnya nak tuntut kemerdekaan tanpa ada kesepakatan antara 3 kaun di negara ini..
ReplyDeletesape nk cite ni, bgtau aku..aku ada
ReplyDeleteCerita yang sungguh bermakna :-)
ReplyDeleteSemalam Adalah Sejarah. Hari Ini Adalah Hadiah.
Esok Adalah Misteri.... Jangan permudahkan ;-)
>>> Blog 1 Malaysia <<<