Wednesday 14 October 2009

TaK NaK ???????

Apa yang bro ni tak nak sebenarnya??? untuk kepentingan diri sendiri sanggup mengadaikan maruah anak bangsa, agama dan tanah air kepada kaum lain..Orang macam ini kah yang seharusnya dipujan dan disanjung tinggi??pikir2kan lah

Monday 14 September 2009

Anuar Tolak Bangsa Sendiri...bancian VOX malaysia


Dr Novandri Hasan Basri telah memberi komen merujuk kepada laporan The Malaysian Insider mengenai banci yang dibuat oleh Vox Malaysia. Keputusan kajiselidik tersebut menunjukkan berikut:

1. Anwar Ibrahim ditolak oleh majoriti kaum beliau sendiri. Beliau merupakan pemimpin yang korup dan pernah disumbat di dalam penjara kerana salah guna kuasa. Beliau peminat aktiviti luar tabii dan peliwat yang masih lagi tidak mahu mengaku kepada tuhan beliau sendiri!

2.Kebanyakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat merupakan ahli politik yang amatur dan tidak mempunyai pengalaman di dalam menguruskan sesebuah kerajaan. Mereka itu hanya bertindak seperti 'mulut murai' dan pengkritik yang hanya pandai mengkritik tetapi sebenarnya tidak mampu memberi alternatif lain kepada apa sahaja yang mereka kritikkan itu.

2. Ada pemimpin Pakatan Rakyat yang menjadi 'bidan terjun' dan 'tangkap muat' di dalam kawasan pilihanraya PRU-12 yang lalu. Kewujudan calon-calon hanya sekadar untuk mencukupi kuota calon pilihanraya tanpa sebenarnya mengharapkan mereka akan menang kerana mereka tahu mereka tidak layak diangkat menjadi wakil rakyat di tempat itu.

Mereka tahu mereka hanya pandai merepek dan membuat bising sahaja kerana itulah kerja mereka selama ini iaitu membangkang apa sahaja yang kerajaan mahu lakukan. Mereka hanya pandai mencari kesalahan orang lain tanpa mereka sendiri pandai untuk menjaga diri sendiri.

3. Ada juga pemimpin yang ditolak mentah-mentah oleh penduduk kampung halaman mereka dan berhijrah ke tempat lain dengan harapan penduduk di kawasan baru itu tidak tahu kelemahan dan keburukan beliau seperti yang berlaku di kampung halaman sendiri.

Pulau Pinang mempunyai beberapa calon Pakatan Rakyat seperti itu contohnya Ketua Menteri yang berasal dan tidak diterima oleh penduduk kampung halaman beliau sendiri di Melaka.

Kerana itulah Selangor, Perak dan Pulau Pinang sentiasa bergolak dan tidak nampak profesionalisme di dalam pemerintahan Pakatan Rakyat. Mereka hanya pandai menyalahkan orang lain di atas segala kelemahan yang mereka sendiri lakukan.
Yang menariknya ialah, mereka berterusan berlagak pandai dan sombong seperti mereka tahu semuanya sehinggakan kebanyakan gerak kerja mereka jelas menunjukkan kebodohan dan ketidak cekapan mereka mentadbir negeri itu.

Kadangkala, mereka akan cuba menutup kelemahan mereka dengan mencipta sesuatu isu yang biasanya remeh temeh dan kadangkala menggelikan hati. Contohnya, YB Rodziah dari DUN Batu Tiga membuat laporan polis kerana ada yang mahu merogol beliau

Tambah Dr Novandri dalam entri kemudiannya, Anwar tak akan jadi PM kerana Karpal Singh sendiri pernah berkata, "Over my dead body."

Nik Amar pun baru-baru ini ada berkata, "Tak adalah Perdana Menteri dari UMNO dan pada waktu itu, Perdana Menteri adalah dari kita (PAS)"

Bila sampai masanya, kenalah mereka merealisasikan slogam kepimpinan ulamak. PAS pasti akan letak pejenis Pak Lebai yang tak tau apa-apa jadi PM. Bayangkan orang tak tau apa-apa akan jadi PM? Siapa yang sebenarnya PM masa itu?

sumber : http://theunspinners.blogspot.com

Pakatan Pembangkang Yang Sempurna ( DAP LOVE PAS)


Pakatan yang dibuat antara pihak pembangkang telah memberi keuntungan kepada DAP sebenarnya...PAS telah diperkudakan oleh DAP untuk kepentingan sendiri disamping,,pikir2kan lah apa yang telah dilakukan oleh DAP terhadap PAS....akan tetapi PAS hanya berdian diri sahja kerana perasaan LOVING terhadap DAP..renung2 kan lah sejenak ape sumbangan mereka kepada rakyat...mereka hanya pandai menghentam kerajaan sahaja...

Sunday 30 August 2009

RakYaT MaLAysIA PerLU MengHAyaTi Cerita HaTi MAlaya




Filem 1957 Hati Malaya bukan sekadar filem sejarah yang mencatatkan kronologi sahaja malah ia mampu menyuntik semangat patriotik di kalangan penonton.


Memaparkan khazanah negara itu antaranya memaparkan gambar Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn Jaafar serta saat-saat bendera Malayan Union diturun dan merdeka dilaungkan.


Menerusi filem tersebut juga kita dapat melihat betapa tingginya semangat jati diri kaum Melayu ketika itu. Penduduk Malaya yang inginkan kemerdekaan daripada British sanggup melucutkan barang kemas dan wang ringgit semata-mata untuk diberikan kepada Tunku sebagai perbelanjaan ke London.


Senario itu ditunjukkan sewaktu Tunku berucap menjelaskan yang dia dan rakan-rakan kekurangan perbelanjaan untuk menuntut kemerdekaan di London.



Semangat Merdeka


Ingatilah panorama penjuang bangsa yang telah memerdekakan kita dari penjajahan. Hari ini, kita harus pertahankan dan kekalkan negara yang diwarisi dengan berpegang kepada intergriti negara, kita punya tanggungjawab bersama untuk pastikan kehidupan lebih baik untuk setiap rakyat Malaysia. Kita harus membalas budi mereka dengan kekal bersatu dikukuhkan dengan bahasa kebangsaan dan warisan kita.


Sinopsis 1957 Hati Malaya

Hali, Salmi, Rafik, Ani dan Ang Lee, mewakili generasi muda Malaysia yang dating dari latarbelakang dan pemikiran berbeza, berusaha untuk menerbitkan sebuah buku bergambar ‘1957 - Hati Malaya’. Dalam pencarian itu, mereka menemui pencintaan, persahabatan, kesetiaan dan memahami perjuangan 1957.


Mereka betul-betul mendalami dan menjiwai karektor dan peristiwa yang begitu emosi dan membawa mereka pada era semangat rakyat tanah Melayu bangkit menuntut kemerdekaan.


Filem ini turut memaparkan rakyat biasa miskin dan mundur di era penjajahan British yang mahu menjadi bangsa kelas pertama di bumi mereka sendiri. Mereka jatuh cinta dan bertemu cinta terhadap negara melangkaui perasaan emosi peribadi mereka. Watak ini menemui pengertian sebenar ‘pengorbanan’ dan ‘Merdeka”.


Filem memfokus kepada Tunku Abdul Rahman, pengasas kepada Parti Perikatan, yang menjadi Perdana Menteri pertama Malaya pada tahun 1957, walaupun mendapat tentangan secara halus dari British yang mahu melambatkan kemerdekaan.
Dan Datuk Onn Ja’afar, pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang berjaya membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union yang dicadangkan oleh British pada tahun 1946.

Thursday 27 August 2009

Itulah Politik DAP


Apakah tindakan seterusnya yang dilakukan oleh DAP selepas ini..KG. BUah pala telah diambil untuk dijadikan pembangunan dan demi kepentingan peribadi pihaknya sahaja..dimanaklah hak bagi penduduk kg. BUah pala..tidka sedar kah lagi wahai penduduk PULAU PINANG apa yang telah dilakukan oleh Pemimpin yang rakus seperti syaitan tersebut.. Tidak habis2 dengan masalah yang telah ditimbulkan..pemimpin macam ini kan yang perlu di agung2 kan..bangkit lah dari tidur sama sama berjuang menentang kejahilan yang telah dilakukan olehg manusia sepeti ni yang tidak kurang mcm bianatang kelaparan pangkat dan harta...renung2kan lah wahai sahabat sekalian...

Wednesday 5 August 2009

Puak Pelampau Alaf BAru






Cuba kita perhatikan siapakah yang menjadi dalang kepada perhimpunan haram ini?? cuba tuan2 puan2 fikirkan bangsa ape yang mengikuti perhimpunan haram ini?? tidak berasa malukan kita dengan pekara2 sebegini...??

siapa yang menhjadi magsa??? kaum lain cuma melihat dan ketawa riang bila orang2 ini menjalankan perhimpunan haram yang telah menyebabkan jutaan ringgit jumlah kerugian yang telah ditanggung oleh peniaga2 disekitar bandaraya tersebut,,siapa yang patut dipersalahkan????

Monday 27 July 2009

SuKa MaKaN RaHsUah Ek ExCo SeLanGoR




Teoh Beng Hock sudah mati. Jangan kita biarkan kematiannya dilupakan. Kerana punca sebenar kematian Teoh adalah rasuah berskala besar yang diamalkan oleh DAP sejak mereka mengambil alih pemerintahan kerajaan Negeri Selangor pada Mac 2008.

Dan untuk pertama kalinya, perlakuan tersebut dapat dibuktikan dengan berbagai bahan bukti yang menunjukkan nama-nama, cek, baucer-baucer dan projek-projek yang kini disiasat SPRM.

DAP (bukan PAS atau PKR) telah mencuri wang rakyat di Selangor. Mereka melakukan jenayah ini tanpa pengetahuan parti-parti komponen Pakatan. Mereka menipu bukan sahaja rakyat tetapi juga rakan mereka sendiri.


Jenayah ini sebenarnya bukan rasuah. Rasuah adalah anda mendapatkan wang secara haram daripada seseorang lagi.

Tetapi DAP adalah jenayahnya lebih bodoh lagi. Mereka menubuhkan syarikat-syarikat mereka sendiri, mewujudkan invois palsu, projek-projek palsu dan kemudian mengeluarkan wang kerajaan negeri.

Ini merupakan penyelewengan, bukan rasuah.
Tetapi kerana mereka menyalahgunakan kuasa mereka ia juga melibatkan rasuah.

Teoh Beng yang kini mendiang juga terlibat dalam skandal ini juga tetapi setelah dipaksa oleh Ean Yong dan Ronnie Liu. Beliau tidak menyukai apa yang berlaku. Untuk melindungi dirinya, Teoh membuat salinan semua dokumen-dokumen palsu dan syarikat-syarikat yang menubuhkan oleh DAP. Dan Teoh, kemudiannya menyerahkan hard disk yang mengandungi semua maklumat terperinci tersebut kepada seseorang yang kemudian berazam untuk membongkarkan kegiatan rasuah oleh DAP di Selangor.

Kaedah rasuah DAP di Selangor sederhana dan bodoh. Kawasan yang Masing-masing DUN (seperti Kajang, Teratai, Balakong) adalah diberi RM500,000 supaya ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dapat memanafaatkan kepada orang ramai melalui kegiatan dan program. DAP telah mencuri wang ini - sedikit demi sedikit.
Beberapa ribu ringgit pada satu masa. Tetapi terdapat lebih daripada 300 projek-projek kecil - Teoh menyerahkan satu senarai panjang.

Menurut Kerajaan Selangor mereka yang menerima dana ini hanya sekali sahaja, tetapi mereka berbohong. Dalam senarai yang disediakan oleh Teoh, hanya beberapa orang dan beberapa syarikat yang menyapu bersih kebanyakkan daripada projek-projek itu.

Antara pemain-pemain besar yang terlibat dengan jenayah ini adalah itu adalah WONG CHUAN HOW (dalam Kawasan DUN Sungai Pelek) di bawah YB Ronnie Liu yang diberi 84 buah projek berjumlahkan lebih RM200,000 (Tarian Cina Persatuan Bahasa, Perayaan Buddha, Persatuan Huan Chian Chuen, Kejohanan Bola Keranjang). Menggunakan nama-nama syarikat termasuk Perniagaan Seri Makmur, Era Terbilang Enterprise, Era Gemilang Enterprise dan banyak lagi.

Teoh memberi satu senarai penuh. SPRM telah meneliti beberapa dokumen (daripada kira-kira 100 muka surat dokumen)

Timbul persoalan besar apabila seorang individu mendapat 84 kontrak berbeza?

Amaun-amaun itu kecil tetapi tetapi jika dijumlahkan keseluruhannya amat besar sekali. Ini hanya ada dalam setahun. Bayangkan jika DAP mengambil alih kerajaan persekutuan?

Di sini adalah beberapa contoh bagaimana DAP lakukannya. Nama-nama itu dan projek-projek itu semuanya adalah sebenar.

1. Rombongan Lawatan Penduduk 21/10/2008

WSK ENTERPRISE dibayar RM1,800 oleh negeri Selangor kerajaan menggunakan wang rakyat sebagai kontraktor / penyelaras. Pengeluaran wang adalah seperti berikut:

Invois dihantar oleh WSK: RM1,800
Bayaran 10% untuk DAP ADUN: 180
Bersih: RM1,620
Bayaran pembelian 'Buku-buku': RM600 (Duit ini masuk akaun DAP Malaysia)
Bersih: RM1,020
Untuk Invoices / Stationery: 50
Baki RM 970 dibayar kepada Lee Sau Lan cek Public Bank 254059 - cek tidak jelas)

2. WSK Services

Menghantar invois berjumlah: RM3,455.00
Bayaran 10% DAP ADUN: RM345.00
Invois-invois: RM 50.00
Kepada Lee Sau Lan: RM3,059.00

3. Hong Chae Enterprise

Menghantar invois menjadi: RM 10,000.00
Kurang 5% DAP ADUN: RM500.00
Bersih: RM9,500.00

4. WSK Services

Menghantar invois berjumlah: RM 1,665.00
Bayaran 10% DAP ADUN: RM166.50
Bersih: RM1,498.50
DAP Serdang Aman: RM379.15
Kepada Hong Chae Enterprise: RM1,119.35
Bayaran kepada Teoh Beng Hock: RM112.00
Bayaran untuk Dana DAP: RM1,007

5. WSK Services

Jumlah invois: RM4,200.00
Bayaran 10% ADUN DAP: RM420.00
Bersih: RM3,780.00
DAP Serdang Aman: RM3,754.76

Untuk Tahun 2008 (ADUN Sg Pelek) di bawah YB Ronnie Liu sahaja terdapat 172 projek serupa

Jumlah ini, Items No. 89 Hingga 172 (83 buah projek dalam Sg Pelek) telah diputuskan Wong Chuan Chow yang bernilai RM216,950 untuk tempoh setahun.

sumber asal yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia :

Tuesday 14 July 2009

Majoriti Tipis 65 undi sahaja PAS menang !!


Hanya 65 undi sahaja PAS menang di Manik Urai??? ini menunjukkan bahawa pengundi di kawasan Manik Urai sudah berpaling arah kepada Barisan Nasional..Hal ini terbukti bahawa pengundi mahukan perubahan di kawasan mereka..

Cuba sahabat sekalian fikirkan kenapa pekara sebegini terjadi?? PAS menang hanya dengan mejoriti yang sangat sedikit...bolehkah pemimpin PAS melakukan perubahan dan mengotakan janji2 manis yang telah dijanjikan kepada penduduk..kita tunggu dan lihat lah mcm mana...

Tahniah sy ucapkan kepada BARISAN NASIONAL kerana telah berjaya meningkatkan bilangan pengundi untuk bersama-sama dalam BARISAN NASIAONAL

Tuesday 16 June 2009

PAS oh PAS



Pas tidak mahu bersama dengan UMNO?????

Guano gamok ni tok kito....demo ni takut ko DAP denge PKR ko lagu mano..denge DAP n PKR demo nok gabung denge ore melayu demo dok sir. lagu mano cerito tok weh...
DAPn PKR beri gapo dok tau ke demo ni tok sapa jadi lagu ni.....2 lah saing lagi denge ANUAR AL-JUBURI, dok pasa2 kek g tok...



NIzar YB Cap Ayam






Sedih sungguh apabila seorang ahli politik yang dipilih oleh rakyat untuk memperjuangkan nasib rakyat tetapi hanya pandai membuat kecoh didalam dewan parlimen.. itulah yang sedang dilakukan oleh nizar bersama geng2 pakatan pembangkang..pemimpin sebeginikan yang kita mahukan?????
nizar tidak layak untuk menjadi seorang pemimpin dalam masyarakat..pemimpin sebegini sepatutnya dipecat....YB sebegini bolehlah dikatakan bertopengkan syaitan...

Thursday 11 June 2009

Adakah ini yang kita mahukan????





DEB telah dihapuskan di Pulau Pinang.....Adakah dengan penghapusan DEB ini golongan bumiputra di Pulau Pinang masih mendapat keistimewaan???????





Peniaga-peniaga telah dihalau selepas Puak Pembangkang mentadbir kerajaan negeri....adakan kerajaan sebegini yang kita perlu sanjung atau sebaliknya..di manakah mereka hendak mencari rezki sekiranya mereka ditindas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab???




Penggunaan tri-bahasa dalam papan tanda

Penggunaan papan tanda dalam tri- bahasa yang dilakukan oleh Puak Pembangkang ini menunjukan mereka lebih berkuasa daripada perlembagaan atau berada di atas perlembagaan..?????

marilah kita berfikir sejenak apakah sebenarnya yang mereka ingin lakukan di Pulau Pinang?
Adakah Puak pembangkang ini ingin menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura yang ke 2????Kalau kita biarkan ini terus berlaku maka tak mustahil ianya menjadi kenyataan....

Anwar Oh Anwar...

Sejak kebelakangan ini, Ketua Pembangkang di Parlimen sedang mendiamkan diri. Isu-isu utama di dalam negara tidak diberikan maklum balas oleh beliau. Orang lain pula yang memberi respon. Mengapakah beliau berdiam diri? Ke mana hilangnya kredibiliti beliau? Mengapa beliau tidak berani bersuara?

Yang lebih penting...

Agak-agaknya, di manakah beliau sekarang ini?

Tuesday 9 June 2009

1 Malaysia : Budaya Kecemerlangan



Konsep 1 Malaysia yang telah di bawa oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak menggariskan 8 teras utama sebagai panduan. Teras yang ke-8 dan yang terakhir adalah Budaya Kecemerlangan.

1 Malaysia yang membawa konsep penyatupaduan adalah asas bagi kecemerlangan Negara. Budaya kecemerlangan juga menjadi batu pegikat bagi tujuh cirri-ciri yang lain di dalam 1 Malaysia. Tidak lengkap bagi kesemua tujuh cirri-ciri tesebut jika tidak diasimilasikan antara satu sama lain dan akhirnya disempurnakan dengan cirri yang ke-8 iaitu Budaya Kecemerlangan. Agak kabur jika kita tidak meneliti apakah yang dimaksudkan dengan Budaya Kecemerlangan.

Dari sudut politikal, sudah jelas 1 Malaysia ini ingin mengubah trend yang berlaku di dalam dunia poltik Malaysia. Dengan kebangkitan suara-suara yang tidak menyenangkan serta menghasut ke arah perpecahan, konsep 1 Malaysia seperti penyelamat ataupun remedy bagi situasi ini. Kekerapan pelbagai pihak luar terlalu banyak menyalahkan kerajaan dari pelbagai sudut dapat diatasi. Dengan Budaya Kecemerlangan, kerajaan dapat menggariskan satu hasrat untuk diikuti oleh rakyat Malaysia. Pengenalan Key Performance Indictor (KPI) untuk setiap kementerian dan juga agensi-agensi kerajaan adalah seagai tanda ukur untuk pihak kerajaan sendiri mengukur tahap kecemerlangan.

KPI yang diperkenalkan juga akan mengakibatkan setiap dari kementerian dan juga agensi serta badan-badan kerajaan akan lebih berusaha untuk mencapai tahap KPI yang dikehendaki. Setiap tindakan dan keputusan yang diambil akan diawasi dan dipantau. Bukan untuk mencari kesalahan ataupun mencari kambing hitam untuk sebarang situasi, tetapi adalah memudahkan kerajaan untuk mengambil langkah pembetulan. Mana-mana agensi yang tidak mencapai tahap KPI yang memuaskan akan disemak semula untuk memastikan di manakah berlakunya kelemahan yang boleh diperbaiki. Ini adalah satu tindakan yang terbaik untuk memastikan setiap dari komponen kerajaan dapat menjalankan tanggung jawab dengan cemerlang.

Setelah dinilai dari sudut pentadbiran kerajaan, Budaya Kecemerlangan ini juga dapat menaikan taraf ekonomi negara. Dengan mengamalkan Budaya kecemerlangan, setiap daripada komponen kerajaan dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang. Kecemerlangan tugas-tugas ini akan secara tidak langsung akan mempengaruhi setiap aspek gerak kerja di dalam negara. Apabila gerak kerja negara dapat ditingkatkan dan di jalankan dengan cemerlang, kos pentadbiran secara tidak langsung juga akan dapat dikurangkan. Perlaksanaan Budaya Kecemerlangan ini juga akan dapat meningkatkan tahap ekonomi negara.

Dari aspek sosial pula, penerapan Budaya Kecemerlangan akan dapat meningkatkan taraf sosial rakyat Malaysia. Ini kerana kesemuanya berhubung kait antara satu sama lain. Dengan penerapan Budaya Kecemerlangan yang bermula dari pihak kerajaan itu sendiri, segala urusan yang berkaitan dengan pihak kerajaan akan dapat diperlicinkan. Dengan secara tidak langsung, setiap dari badan kerajaan itu dapat menjalankan tugas dengan baik. Ini akan mempengaruhi mereka yang berurusan dengan kerajaan. Apabila kerajaan dapat berfungsi dengan baik maka masyarakat juga dapat berfungsi dengan baik. Apabila masyarakat dapat berfungsi dengan baik maka taraf sosial juga akan dapat ditingkatkan. Agama Islam yang juga agama perseketuan juga menggalakkan supaya masyarakat senantiasa menuju ke arah kecemerlangan seperti mana yang terkandung di dalam azan yang dilaungkan 5 kali setiap hari.

Apabila kita memerhatikan konsep Budaya Cemerlang ini adalah sangat mudah apabila kita menggambarkannya sebagai suatu produk. Produk pada mana kita akan dapat pastikan bahawa tidak terdapat cacat-cela padanya dan sentiasa kita memperbaiki setiap kelemahan yang ada pada produk tersebut. Dengan cara ini kita dapat memasarkan produk tersebut kepada pasaran umum dan produk ini akan dapat memuaskan dan menggembirakan hati semua pihak. Dan produk ini adalah negara Malaysia.

Monday 8 June 2009

1 Malaysia : Meritokrasi



Berasal dari kata merit atau manfaat, meritokrasi menunjuk suatu bentuk sistem politik yang memberikan penghargaan lebih kepada mereka yang berprestasi atau berkemampuan. Kerap dianggap sebagai suatu bentuk sistem masyarakat yang sangat adil dengan memberikan tempat kepada mereka yang berprestasi untuk duduk sebagai pemimpin, tetapi tetap dikritik sebagai bentuk ketidak adilan yang kurang memberi tempat bagi mereka yang kurang memiliki kemampuan untuk tampil memimpin.

Dalam pengertian khusus meritokrasi kerap di pakai menentang birokrasi yang sarat KKN terutama pada aspek nepotisme.


Pada bulan Mei 2001 masyarakat Malaysia telah dikejutkan dengan isu kuota pengambilan pelajar untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam ( IPTA). Sebelum daripada ini kemasukan ke universiti berdasar kan sistem kota yang diwujudkan. Meritokrasi merupakan satu pandangan di mana kejayaan atau ganjaran pendidikan dan sosial adalah diagihkan berdasarkan merit kepintaran (IQ), bakat dan ikhtiar individu. Meritokrasi adalah berasaskan persamaan peluang dan bukan persamaan hasilan.

Oleh itu sistem ini adalah yang terbaik untuk membuktikan para pelajar hasilan Malaysia adalah berkualiti tanpa mengharapkan kuota semata-mata. Dengan sistem ini juga telah mewujudkan persaingan yang sihat antara satu sama lain seperti yang saya katakan tadi tanpa mengira agama keturuanan dan sebagainya.

PM ada menyatakan bahawa kepelbagaian aspek perkhidmatan kerajaan dan masyarakat secara keseluruhannya sewajarnya dibentuk berdasarkan meritokrasi. Sebagai contoh, pemerolehan kerajaan. Sewajarnya kita memperkenalkan satu polisi yang memastikan persaingan pembidaan kerana melalui persaingan pembidaan, peluang kita memilih syarikat terbaik untuk tugasan tersebut pada harga terendah dan pada masa yang sama mempunyai kemahiran yang diperakui adalah lebih besar berbanding pemilihan berasaskan tender perundingan. Prinsip penswastaan sekali pun, sebahagian daripada permasalahan yang dihadapi tentang asas pengswastaan di masa lalu, ketika kita terlalu kurangnya pengetahuan tentang bagaimana untuk melaksanakan pengswastaan, pada permulaannya kita telah menggunakan prinsip siapa dulu dia dapat. Makanya jika anda mempunyai gagasan anda akan diberi peluang tersebut.

Oleh yang demikian setiap individu itu hendaklah bersaing antara satu sama lain untuk mengecapi kejayaan. Mereka perlu berlumba-lumba untuk mendapatkan sesuatu kerana pelung antara satu sama lain adalah sama rata.

" Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. "
( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #32)