Monday 8 June 2009

1 Malaysia : Meritokrasi



Berasal dari kata merit atau manfaat, meritokrasi menunjuk suatu bentuk sistem politik yang memberikan penghargaan lebih kepada mereka yang berprestasi atau berkemampuan. Kerap dianggap sebagai suatu bentuk sistem masyarakat yang sangat adil dengan memberikan tempat kepada mereka yang berprestasi untuk duduk sebagai pemimpin, tetapi tetap dikritik sebagai bentuk ketidak adilan yang kurang memberi tempat bagi mereka yang kurang memiliki kemampuan untuk tampil memimpin.

Dalam pengertian khusus meritokrasi kerap di pakai menentang birokrasi yang sarat KKN terutama pada aspek nepotisme.


Pada bulan Mei 2001 masyarakat Malaysia telah dikejutkan dengan isu kuota pengambilan pelajar untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam ( IPTA). Sebelum daripada ini kemasukan ke universiti berdasar kan sistem kota yang diwujudkan. Meritokrasi merupakan satu pandangan di mana kejayaan atau ganjaran pendidikan dan sosial adalah diagihkan berdasarkan merit kepintaran (IQ), bakat dan ikhtiar individu. Meritokrasi adalah berasaskan persamaan peluang dan bukan persamaan hasilan.

Oleh itu sistem ini adalah yang terbaik untuk membuktikan para pelajar hasilan Malaysia adalah berkualiti tanpa mengharapkan kuota semata-mata. Dengan sistem ini juga telah mewujudkan persaingan yang sihat antara satu sama lain seperti yang saya katakan tadi tanpa mengira agama keturuanan dan sebagainya.

PM ada menyatakan bahawa kepelbagaian aspek perkhidmatan kerajaan dan masyarakat secara keseluruhannya sewajarnya dibentuk berdasarkan meritokrasi. Sebagai contoh, pemerolehan kerajaan. Sewajarnya kita memperkenalkan satu polisi yang memastikan persaingan pembidaan kerana melalui persaingan pembidaan, peluang kita memilih syarikat terbaik untuk tugasan tersebut pada harga terendah dan pada masa yang sama mempunyai kemahiran yang diperakui adalah lebih besar berbanding pemilihan berasaskan tender perundingan. Prinsip penswastaan sekali pun, sebahagian daripada permasalahan yang dihadapi tentang asas pengswastaan di masa lalu, ketika kita terlalu kurangnya pengetahuan tentang bagaimana untuk melaksanakan pengswastaan, pada permulaannya kita telah menggunakan prinsip siapa dulu dia dapat. Makanya jika anda mempunyai gagasan anda akan diberi peluang tersebut.

Oleh yang demikian setiap individu itu hendaklah bersaing antara satu sama lain untuk mengecapi kejayaan. Mereka perlu berlumba-lumba untuk mendapatkan sesuatu kerana pelung antara satu sama lain adalah sama rata.

" Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. "
( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #32)

1 comment: